M Update, 07/03/2024 – Kad Perakuan Media yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) bukan lesen untuk menjadi wartawan, sebaliknya adalah medium pemudah cara bagi pengamal media untuk membuat liputan terutama membabitkan program rasmi kerajaan.
Ini kerana bidang kewartawanan bukan seperti bidang perundangan yang mempunyai Majlis Peguam, akauntan mempunyai Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun, arkitek melalui Lembaga Arkitek dan doktor ada persijilan sendiri.
Isu berkenaan Kad Perakuan Media JaPen telah dibangkitkan oleh kelab pewarta asing iaitu rakyat Malaysia yang bertugas dengan agensi media antarabangsa mendakwa mereka diberi tempoh yang singkat sebagai pemegang kad.
JaPen sedang mengemas kini dan menyelaras kembali tempoh sah laku Kad Perakuan Media untuk semua organisasi mengikut beberapa prosedur operasi standard (SOP).