Input your search keywords and press Enter.

KEB 2024 Fokus Golongan Pertengahan Bumiputera

M Update, 07/03/2024 – Kerajaan akan memberi tumpuan khusus kepada usaha pemerkasaan dan pengupayaan golongan pertengahan Bumiputera melalui pelbagai langkah yang sedang digerakkan dan diteliti, hanya menambah nilai gaji.

Dengan ini, lebih banyak penyertaan kelas menengah Bumiputera, dengan cara membina perniagaan dan meningkatkan pendapatan berbanding seperti sebelum ini hanya menambah nilai atau bergantung harap kepada pekerjaan bergaji tetap semata-mata.

Kerajaan komited untuk memperkasa ekonomi Bumiputera termasuk mengukuhkan daya saing dalam pelbagai bidang dan sektor, meningkatkan penskalaan, membangunkan bakat, meningkatkan pendapatan dan menoktahkan kemiskinan tegar – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli

Kerajaan akan melancarkan pelan jangka panjang yang dinamakan Agenda Baharu Pemerkasaan Bumiputera pada Jun 2024,. Ini bagi melonjakkan lagi tahap sosioekonomi Bumiputera.

Pelan yang dirangka untuk tempoh 10 tahun itu bersifat holistik tanpa meminggirkan peranan semua etnik di Malaysia.