Input your search keywords and press Enter.

Wanita Islam Pertama Akan Ke Bulan

M Update, 07/03/2024 – Syabas dan tahniah diucapkan kepada Nora AlMatrooshi,30, kerana menjadi wanita Islam keturunan Arab pertama yang lulus latihan angkasawan oleh Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA), Amerika Syarikat.

Beliau yang memakai tudung menjelaskan, penyelidik NASA membangunkan produk bagi membolehkannya menutup rambut ketika memakai sut angkasa dan topi keledar agensi itu, yang dikenali secara rasmi sebagai Unit Mobiliti Ekstravehikular (EMU).

Apa yang merumitkan beliau ialah bahan atau jenis kain tertentu yang dibenarkan secara khusus boleh dipakai di dalam EMU. Pereka sut akhirnya menjahitkan tudung sementara untuk beliau dan beliau boleh memakainya, sebelum menggunakan topi komunikasi.

NASA merancang untuk menghantar manusia ke bulan pada 2026 untuk misi Artemis 3.

Walaupun Nora yang pertama menamatkan pengajian dari NASA, namun ada wanita Arab lain turut menyertai misi angkasa lepas secara persendirian, termasuk penyelidik bioperubatan Arab Saudi, Rayyanah Barnawi, yang terbang dengan Axiom Space ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) tahun lalu, dan jurutera Mesir-Lubnan, Sara Sabry, seorang kru dalam penerbangan suborbital Blue Origin 2022. – AFP

Sumber : Berita Harian