Input your search keywords and press Enter.

OP PANTAU 2024 – Nilai Rampasan KPDN Lebih RM400,000

M Update, 25/03/2024 – Dalam masa 12 hari, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mencatatkan nilai rampasan sebanyak RM414,319.07 atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Pantau 2024 di bazar Ramadan dan Aidilfitri yang dijalankan di seluruh negara sejak 12 Mac 2024.

Antara kesalahan yang dilakukan ialah tidak meletakkan tanda harga, tidak menggunakan alat timbang yang sah dan menjual barang-barang tiruan. 

KPDN juga menerima sebanyak 623 aduan daripada pengguna dalam tempoh yang sama melibatkan pelbagai kategori aduan.

Seramai 2,200 pegawai penguat kuasa digerakkan di seluruh negara bagi melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan sepanjang musim perayaan ini. 

Para peniaga dinasihatkan agar terus mematuhi segala perundangan yang ditetapkan kerajaan terutamanya sepanjang musim perayaan ini bagi mengelak dikenakan tindakan tegas diambil.