Input your search keywords and press Enter.

Banyak Jalan Haram Rentas Sempadan

M Update, 01/04/2024 – Polis Kelantan mengesan lebih banyak lokasi jalan haram untuk rentas sempadan susulan paras air Sungai Golok mulai kering sejak beberapa minggu lalu.

Keadaan kering itu memudahkan aktiviti penyeludupan dan kawalan sempadan Malaysia-Thailand perlu diperketatkan.

Paras air Sungai Golok yang menyusut disebabkan cuaca panas dan kemarau menyebabkan sekurang-kurangnya tiga lokasi di sungai itu cetek sehingga boleh dilalui dengan hanya berjalan kaki.

Lokasi cetek tersebut membabitkan Pangkalan Haram Padang Bola, Pangkalan Haram Pasir dan Pangkalan Haram Sharipah yang mana air mula surut sehingga paras 0.3 meter, malah ada yang kering sehingga menampakkan dasar sungai.