M Update, 04/04/2024 – Op Khas sempena Hari Raya Aidilfitri telahpun bermula dari 1 hingga 20 April 2024 ini. Seramai 382 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor ditugaskan untuk memantau dan menguatkuasakan peraturan jalan raya dalam Op Khas ini.
Operasi berkenaan bertujuan memantau kelancaran pergerakan perjalanan pengguna jalan raya selain memastikan operasi perkhidmatan pengangkutan awam berjalan lancar serta selamat.
JPJ juga akan memperbanyakkan rondaan dan pemantauan di jalan-jalan utama dan lokasi berisiko berlaku kemalangan.
Penguatkuasaan yang tegas akan dijalankan bagi sembilan kesalahan utama antaranya melibatkan memandu melebihi had laju, tidak patuh lampu isyarat merah, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, memotong barisan dan memandu di lorong kecemasan.
Selain itu, pemeriksaan teknikal terhadap bas-bas di depoh akan dijalankan bagi memastikan aspek keselamatan diutamakan,