M Update, 08/04/2024 – Aliran trafik dijangka meningkat susulan pengguna jalan raya mengambil peluang pemberian tol percuma di semua lebuh raya bermula hari ini.
Setakat jam 8 pagi ini, jumlah kenderaan masih terkawal dan trafik di beberapa lebuh raya utama lancar – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2 dilaporkan lancar untuk dilalui setakat ini. Namun, bergerak sedikit perlahan sebelum memasuki terowong Genting Sempah di Lebuhraya KL – Karak (KLK).