Input your search keywords and press Enter.

Lebih 16,000 Kes Pandu Lebih Had Laju

M Update, 08/04/2024 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)  mengesan sebanyak 16,142 kes memandu melebihi had laju menerusi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) menerusi pelaksanaan Operasi Khas sepanjang perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024 sejak 1 April lepas.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 95 peratus memandu dalam kelajuan antara 130 km/jam hingga 170 km/jam manakala lima peratus lagi dikesan memandu melebihi 170 km/jam.

JPJ telah mengeluarkan 26, 313 notis pelbagai kesalahan kerana kegagalan mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya menerusi Ops Khas Motosikal bagi tempoh 1 hingga 6 April 2024.

Selain itu, sebanyak 1,464 motosikal turut disita atas kesalahan ekstrem semasa operasi berkenaan dilaksanakan di seluruh negara.