M Update, 19/04/2024 – Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, mengoperasikan semula beberapa penerbangan yang dijadualkan berlepas serta tiba di Sabah dan Sarawak, semalam selepas banyak penerbangan terjejas susulan letusan Gunung Ruang di Indonesia.
Sebanyak 19 penerbangan dioperasikan semula, antara lain membabitkan laluan Bintulu, Kuching, Sibu, Johor Bahru dan Kota Bharu.
Senarai penerbangan yang dioperasikan semula ialah AK5242 (KUL-BTU), AK5243 (BTU-KUL), AK5218 (KUL-KCH), AK5219 (KCH-KUL), AK5874 (KUL-SBW), AK5875 (SBW-KUL), AK5234 (KUL-KCH), AK5211 (KCH-KUL), AK5037 (JHB-SBW), AK5038 (SBW-JHB), AK5229 (KCH-KUL), AK5228 (KUL-KCH), AK6460 (KCH-SBW), AK6461 (SBW-KCH), AK5507 (KCH-KBR), AK5508 (KBR-KCH), AK1776 (SIN-KCH), AK6057 (BTU-KCH) dan AK5232 (KUL-KCH).
Penumpang boleh meminda penerbangan mereka dengan membuat perubahan sekali saja kepada mana-mana tarikh perjalanan baharu untuk laluan sama, dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlepas asal, tanpa kos tambahan dan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk – Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Bo Lingam