Input your search keywords and press Enter.

8 Pos Tentera Tingkat Kawalan Di Sempadan Negara

BELURAN, 21 April — Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan (tiga, kiri) bersalaman dengan anggota 2 Renjer sewaktu tiba untuk lawatan ke kawasan operasi Op Pasir di Pos Pulau Jambongan hari ini. –fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

M Update, 22/04/2024 – Sebanyak 8 pos imbangan tentera dalam pembinaan di Sabah dan Sarawak yang bakal meningkatkan tahap kawalan di sempadan negara dijangka siap tahun ini. Pembinaan pos imbangan itu membabitkan dua pos di Sabah dan enam di Sarawak. Ketika ini bilangan pos imbangan sedia ada sebanyak 23 pos iaitu sembilan pos di sempadan Sabah dan 14 di Sarawak.

Pos-pos imbangan yang masih dalam pembinaan di Sabah ialah Pos Felda Selatan, Kalabakan dan Pos Tambulanan, Tawau manakala pos imbangan dalam pembinaan di Sarawak pula ialah Pos Kandaei 2, Lundu, Pos Meliki, Serian, Pos Tong Nibong, Serian, Pos Nanga San, Sri Aman, Pos Ensawang, Sri Aman dan Pos Pa’dalih, Miri.

Terdapat rancangan bagi membina pos sempadan baharu iaitu Pos Ladang Brantian di Tawau, Sabah serta Pos Long Singut di Kapit, Sarawak.

Selain itu, tentera darat akan menggunakan pelbagai teknologi terkini seperti dron dan sistem komunikasi satelit, dalam usaha mengawasi keselamatan negara.

Kertas Putih Pertahanan ada menyatakan Malaysia akan menggunakan teknologi moden seperti kecerdasan buatan, dron dan termasuk teknologi pengawasan terkini sebagai force multiplier untuk melengkapi keupayaan aset serta sumber anggota.