Input your search keywords and press Enter.

“Break The Siege: Freedom Flotilla Mission To Gaza 2024” Ditunda

M Update, 24/04/2024 – Misi pelayaran “Break The Siege: Freedom Flotilla Mission To Gaza 2024″ sekali lagi terpaksa ditunda ke tarikh baharu, Jumaat ini.

Lokasi kapal bagi memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Terkini, 18 orang warga Malaysia yang terdiri daripada doktor, aktivis kemanusiaan dan pengamal media ketika ini menyertai masyarakat awam antarabangsa untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza melalui jalan laut dengan menaiki flotila berikutan situasi kemanusiaan yang teruk di rantau itu.

Aktivis dari 30 negara termasuk Malaysia kini berkumpul di Istanbul sejak 18 April untuk persiapan akhir sempena misi “Break the Siege: Freedom Flotilla Mission to Gaza 2024” itu.