Input your search keywords and press Enter.

Selatan Thailand Selamat Dikunjungi

M Update, 29/04/2024 – Selatan Thailand disifatkan masih selamat dikunjungi rakyat Malaysia meskipun beberapa insiden pengeboman berlaku di negara berkenaan tahun ini.

Beberapa insiden yang berlaku itu bukan di kawasan tumpuan ramai, sebaliknya membabitkan lokasi di luar bandar – Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi

Rakyat Malaysia tak perlu risau kerana masih selamat untuk melancong di lima wilayah Selatan Thailand kerana insiden yang berlaku kebiasaannya di kawasan bukan tumpuan ramai.

Kebiasaannya kejadian itu berlaku bukan disasarkan kepada orang awam, sebaliknya ia lebih kepada pihak yang bertelagah.

Rakyat Malaysia tidak perlu khuatir namun dinasihatkan sentiasa berhati-hati bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.