Input your search keywords and press Enter.

Tidak Pernah Ada Perbincangan UITM Dibuka Kepada Bukan Bumiputera

M Update, 16/05/2024 – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan tidak ada sebarang perbincangan pada peringkat kementerian atau Kabinet mengenai cadangan membuka Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada pelajar bukan Bumiputera.

Penafian ini ditegaskan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata isu ini sengaja dimainkan oleh pihak tertentu yang cuba menganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM sekali gus menimbulkan kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak.

Beliau turut mengatakan bahawa KPT berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 (Akta Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mana UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.