Input your search keywords and press Enter.

Masak Di Stesen Minyak, 15 Individu Ditahan

M Update, 20/05/2024 – Polis menahan 15 individu terbabit kes aktiviti memasak mi segera di kawasan stesen minyak, di Genting Highlands, di sini baru-baru ini.

Tangkapan itu membabitkan 10 lelaki dan lima wanita selepas mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas merakam keterangan mereka.

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata pihaknya kini dalam proses melengkapkan siasatan dan merakam percakapan saksi kejadian. Empat saksi kejadian juga telah dirakam percakapan.

Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya dalam masa terdekat.

Sebelum ini tular klip video memaparkan sekumpulan pemilik kenderaan melakukan aktiviti memasak stesen minyak dimuat naik pada 13 Mei sebelum tular di laman media sosial.