Input your search keywords and press Enter.

4 Maut Nahas Bas Persiaran Dan Treler

M Update, 10/06/2024 – Seorang lagi guru yang terbabit dalam kemalangan bas persiaran dan sebuah treler di Jalan Kuantan-Segamat awal pagi kelmarin, meninggal dunia, menjadikan jumlah mangsa maut empat orang setakat ini.

Guru berkenaan ialah Dahlia Ahmad, 52, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) pada jam 9.30 malam. Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Seramai 10 mangsa masih menerima rawatan manakala 25 dibenarkan keluar selepas menerima rawatan pesakit luar.

Guru berkenaan adalah mangsa keempat selepas Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah Melaka, Hasnatul Adilah Hassan, 48; pemandu kedua bas, Hadi Asyraf Mad Idris, 29; dan pembantu operasi sekolah, Hamzah Ahmad, 60.

Dalam pada itu, Hasnatul Adilah Hassan, 48, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tangki Air pada jam 8.50 malam tadi. Manakala jenazah Jenazah Hadi Asyraf Mad Idris, 29, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Temu kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Sementara itu, jenazah Hamzah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam  Kampung Londang, Alor Gajah di sini kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Dalam nahas jalan raya itu, bas yang membawa 39 penumpang temasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.

Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan membawa rombongan guru SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka bersama anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.