Input your search keywords and press Enter.

Kanak-Kanak Pandu Kereta Mengaku Tidak Bersalah

M Update, 08/08/2024 – Seorang kanak-kanak lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang semalam, atas pertuduhan memandu kereta Perodua Viva, bulan lalu.

Kanak-kanak berusia 12 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu di Taman Putra Impiana, Puchong, Selangor pada 7.30 malam, 28 Julai lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 39 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan 1987 yang memperuntuk denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ketika prosiding yang dilakukan secara tertutup itu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Sabrina Zubairi menawarkan jaminan RM1,000, dengan seorang penjamin, bagaimanapun peguam Nabilla Rosli yang mewakili kanak-kanak itu memohon jaminan rendah, atas alasan jaminan itu perlu ditanggung oleh bapanya yang turut didakwa.

Muhammad Bukhori menetapkan jaminan RM500 bagi kanak-kanak terbabit dan RM2,000 bagi bapanya masing-masing dengan seorang penjamin warga tempatan.

Mahkamah menetapkan 4 September ini sebagai tarikh sebutan kes.