Input your search keywords and press Enter.

Bunuh 3 Beranak: Suspek Direman 7 Hari

Azman Mohamed dibawa ke Mahkamah majistret Muar untuk permohonan reman.

M Update, 14/08/2024 – Suspek lelaki yang diburu polis bagi membantu kes bunuh dan bakar sebuah rumah hingga mengorbankan ibu bapa dan anak saudara perempuannya di Kampung Paya Redan, Pagoh Jumaat lalu direman tujuh hari bermula hari ini.

Suspek tiba di Kompleks Mahkamah Muar jam 9.13 pagi dengan kawalan ketat polis. Difahamkan Suspek ditahan di tepi jalan di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur jam 1 pagi tadi.

Polis sebelum ini giat memburu suspek Azman Mohamed Nor, 48, bagi membantu siasatan selepas melarikan diri sebaik kebakaran rumah separa kekal di kampung paya Redan, berlaku Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi Jumaat lalu, tiga sekeluarga hangus dalam kebakaran. Mangsa terdiri daripada pasangan warga emas yang juga ibubapa suspek, Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82 dan isterinya, Ara Abd Hamid, 76.

Turut meninggal dunia, cucu mereka yang juga anak saudara kepada suspek, Noradriana Nor Hasyim, 11 tahun.

Bedah siasat ke atas ketiga-tiga jenazah terbabit membongkar tragedi sebenar yang dilakukan suspek apabila terdapat unsur jenayah. – Buletin TV3