Input your search keywords and press Enter.

Lelaki gigit lidah wanita hingga putus dipenjara setahun

M Update, 17/05/2019 – Seorang pencuci dijatuhkan hukuman penjara setahun dan berdepan tindakan dihantar pulang ke negara asal selepas menggigit sebahagian daripada lidah seorang wanita ketika berada di bawah pengaruh alkohol, mahkamah diberitahu semalam.

Lelaki Kenya berusia 25 tahun itu dipercayai mendera wanita terbabit secara seksual susulan pertengkaran berhubung kediaman yang dikongsi bersama di Bur Dubai.

Mangsa yang berusia 28 tahun sedang berada di bilik mencuci pakaian apabila dihampiri tertuduh yang meminta untuk meminjam telefon bimbit bagi menggunakan aplikasi lampu suluh untuk mencari kasut miliknya.

Mangsa menyerahkan telefon berkenaan dan menunggu di luar bilik tertuduh untuk mendapatkan kembali telefon bimbit berkenaan namun tidak dipulangkan semula lelaki itu.

Wanita terbabit kemudiannya masuk ke dalam bilik tertuduh dan mendapati dia sedang tidur sebelum naik berang apabila dikejutkan.

“Dia mengheret saya ke katil dan cuba untuk memeluk serta mencium saya. Saya cuba menolak tetapi tertuduh meletakkan tangan di tekak dan menggigit lidah, menyebabkan sebahagian lidah saya putus,” kata mangsa.

Mahkamah diberitahu, wanita berkenaan berlari keluar dalam keadaan lidahnya berdarah dan dibawa ke Hospital Rashid oleh dua lelaki.

Seorang lagi rakyat Kenya berusia 29 tahun yang turut tinggal di rumah sama berkata, doktor meminta bahagian lidah itu untuk dicantumkan semula namun gagal berbuat demikian kerana ia sudah mula mengalami pereputan.

Laporan perubatan mendapati, mangsa disahkan mengalami kecacatan kekal sebanyak 15 peratus. – Agensi

Leave a Reply