Input your search keywords and press Enter.

Pelesenan Media Sosial Tidak Jejas Pengguna

M Update, 7/11/2024 – Penguatkuasaan kerangka pelesenan terhadap penyedia platform media sosial tidak akan menjejaskan pengguna perkhidmatan tersebut. Ini kerana hanya penyedia perkhidmatan sahaja diwajibkan untuk mendapatkan lesen berkaitan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).  

Keperluan pelesenan di bawah Akta 588 adalah untuk memastikan penyedia perkhidmatan bertanggungjawab mewujudkan ekosistem dalam talian yang lebih selamat kepada pengguna platform mereka.

Ini termasuk menangani secara efektif kandungan mudarat dengan memperkukuhkan sistem dan proses untuk mengurangkan jenayah siber termasuk penipuan dalam talian, jenayah seksual dan buli siber.

Pengguna akan terus dapat menggunakan media sosial dengan lebih selamat. Kebebasan bersuara adalah hak asasi yang diiktiraf, telah termaktub di bawah Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan, namun ia perlu disertai dengan tanggungjawab.