Input your search keywords and press Enter.

GISBH – KDN Pertahan Guna SOSMA

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempertahan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, atau SOSMA, dalam siasatan melibatkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Siasatan polis dalam kes itu menemukan semua kriteria di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan yang melayakkan kegiatan GISBH dikategorikan sebagai kumpulan jenayah terancang.

Pelakunya lebih daripada dua orang manakala yang kedua, ia membabitkan satu objektif, di sini eksploitasi kanak-kanak dan ketiga, ada elemen keuntungan dari segi material.

Siasatan ini mengikut jalur Seksyen 130V Kanun Keseksaan yang membolehkan kegiatan ini ditafsirkan sebagai kumpulan jenayah terancang maka kita guna pakai SOSMA dan terdapat 22 orang yang kita kenakan tuduhan – Saifuddin Nasution