Input your search keywords and press Enter.

BMT: 318,642 Pekebun Kecil Terima Bantuan RM400

Foto Hiasan

M Update, 03/12/2024 – Kerajaan menyediakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) berjumlah RM127.46 juta kepada 318,642 pekebun kecil bagi November dan Disember tahun ini.

Bantuan tersebut meliputi pekebun kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).

Pekebun kecil terlibat akan menerima keseluruhan RM400 seorang, dibayar dua kali sebanyak RM200 masing-masing untuk November dan Disember ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bagi kawasan lain, pihaknya akan mendapatkan perangkaan daripada RISDA daerah yang seterusnya dikemukakan kepada negeri bagi tujuan pembayaran oleh Ibu Pejabat RISDA.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, kemungkinan 20 hingga 25 peratus mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS), akan pulang ke rumah secara berperingkat susulan keadaan banjir yang mula reda.

Namun, beliau berkata, Pahang dan Johor pula dilanda banjir, justeru penduduk diminta bersiap siaga selaras amaran cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

“Jangan berpindah pada saat akhir apabila air meningkat dengan mendadak,” katanya.