Input your search keywords and press Enter.

Tiada Lagi Tol Percuma Sempena Perayaan Bermula Tahun Ini

Foto Hiasan

M Update, 21/01/2025 – Kementerian Kerja Raya memaklumkan dasar pemberian tol percuma untuk semua perayaan utama tidak akan diteruskan bermula tahun ini termasuk bagi sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Keputusan tersebut telah dibuat dalam mesyuarat Kabinet, tahun lalu.

Pemberian tol percuma itu mungkin akan dilaksanakan sekiranya terdapat pertimbangan lain dan ia akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Ini kerana kerajaan sudah menyelaraskan subsidi secara bersasar tetapi perinciannya akan dimaklumkan kemudian. – Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.