Input your search keywords and press Enter.

Kesuma Peruntuk RM20 Juta Latih Kemahiran Digital Tahun Ini

Steven Sim Chee Keong

M Update, 24/01/2025 – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) melalui Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memperuntukkan RM20 juta untuk menyediakan latihan kemahiran kepada sehingga 5,000 rakyat Malaysia dalam tiga sektor utama iaitu keselamatan siber, sains data, dan kecerdasan buatan (AI) tahun ini.

Inisiatif itu bertujuan menyediakan latihan kemahiran semula dan meningkatkan kemahiran pekerja negara ini, dengan semua peserta akan menjalani latihan antara tiga ke enam bulan di satu daripada syarikat teknologi gergasi India, HCL Technologies.

Bagi Perkeso, mereka akan melatih pekerja terutamanya yang dilindungi di bawah Skim Insurans Pekerjaan manakala HRD Corp akan melatih pekerja secara umum di luar skim Perkeso. Sasaran kami adalah melatih sehingga 5,000 pekerja Malaysia dalam sektor utama itu, mengikut modul yang disediakan oleh HCL Technologies tahun ini.

“Satu sebab mengapa Perkeso terlibat adalah kerana mereka mengendalikan Skim Insurans Pekerjaan. Jadi, dalam ekosistem latihan ini, MyFutureJobs juga akan membantu mereka untuk memadankan peluang pekerjaan yang sesuai,” katanya.

Steven berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara HRD Corp, Perkeso dan HCL Technologies di Menara Perkeso pada Khamis.

Steven berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara HRD Corp, Perkeso dan HCL Technologies di Menara Perkeso di sini pada Khamis.

Pemeteraian MoU itu, menurutnya, merupakan kesinambungan perbincangan yang sangat penting antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pihak HCL Technologies pada misi diplomatik beliau ke India pada Ogos lepas.

Sementara itu, Perkeso menerusi kenyataan bersama HRD Corp dan HCL Technologies memaklumkan kumpulan pertama peserta dijadualkan memulakan latihan pada awal tahun ini, dengan permohonan dibuka di portal MyFutureJobs. – Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.