Input your search keywords and press Enter.

Tiga Anggota Bomba Parah, Jentera Bomba Terbalik

M Update, 2/5/2019 – Tiga anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik dilaporkan parah selepas jentera dinaiki terbabas dan terbalik di KM11 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, pagi tadi.

Kejadian sekitar jam 10.52 pagi itu dipercayai berlaku ketika jentera berkenaan dalam perjalanan pulang dari operasi pemadaman kebakaran lori di Jalan Gerik-Banding. Maklumat awal menyebut, ada anggota yang mengalami patah kaki dan cedera di kepala.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan ada anggota yang cedera. Maklumat lanjut akan kita maklumkan sebaik menerima laporan lengkap berhubung kejadian ini,” katanya. – SH Online

Leave a Reply