M Update, 06/05/2019 – Pemimpin Palestin di Gaza dilaporkan bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata dengan Israel, awal pagi tadi.
Perkara itu didedahkan oleh tiga pegawai yang mengetahui mengenai perbincangan perkara itu.
“Perjanjian gencatan senjata yang dipelopori Kerajaan Mesir itu dicapai mulai jam 4.30 pagi (waktu tempatan),” kata pegawai dari Hamas dan sekutunya, Islamic Jihad yang mahu identiti mereka dirahsiakan.
Pegawai kanan Mesir yang mengesahkan perjanjian itu juga enggan dikenali.
Bagaimanapun, jurucakap tentera Israel enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan. – AFP