M Update, 26/07/2019 – Seorang wanita yang berusia 27 tahun telah ditahan polis selepas menyerbu sebuah restoran McDonald menggunakan selaras senapang hanya kerana diberikan hidangan kentang goreng sejuk, lapor media tempatan.
“Dia mengambil minuman dan melemparkan kepada saya sebelum tiba-tiba pergi ke belakang kaunter,” kata Lynn Watson, seorang pekerja di restoran dipetik akhbar itu.
Akhbar WTOC di Georgia yang memetik pengurus restoran berkata, Lilian Tarver telah memesan kentang goreng dan kemudiannya datang semula ke restoran tersebut sambil mengadu makanannya yang dipesan sudah sejuk.
Katanya, wanita itu kemudian berpatah balik ke kereta sebelum kembali semula membawa senapang.
“Dia melepaskan sedas tembakan sebelum meninggalkan restoran tersebut selepas wangnya dikembalikan. Tiada siapa cedera dalam insiden itu,” tambahnya.
Jurucakap jabatan siasatan jenayah Garden City, Detektif Roberto Rodriguez berkata, setibanya anggota polis di tempat kejadian, mereka melihat suspek melarikan diri dengan menggunakan kereta Nissan Altima berwarna hitam.
“Pegawai kemudian mengejar kereta itu yang enggan berhenti selepas diarahkan berbuat demikian.
“Dia berjaya ditahan tidak jauh daripada lokasi kejadian” katanya.-Agensi.