Input your search keywords and press Enter.

Banjir : Kelantan Catat 5,996 Mangsa Banjir Setakat Jam 8 Pagi

M Update, 2/12/2019 – Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 5,996 mangsa, setakat jam 8 pagi tadi.

Kesemua mereka membabitkan 1,703 keluarga ditempatkan di 61 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah, iaitu Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang, Bachok dan Kuala Krai.

Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Mas mencatat mangsa paling ramai, iaitu 3,231 daripada 970 keluarga di 18 PPS. Pasir Puteh pula mencatatkan 648 mangsa (173 keluarga) di tujuh PPS; Kota Bharu 739 mangsa (209 keluarga) di tujuh PPS dan Kuala Krai 520 mangsa (120 keluarga) di 12 PPS. Tanah Merah 371 mangsa (102 keluarga) di lapan PPS; Machang 227 mangsa (68 keluarga) di enam PPS; dan Bachok 260 mangsa (61 keluarga) di dua PPS.

Berdasarkan laporan infobanjir.water.gov.my, setakat jam 8 pagi tadi, paras air Sungai Golok mencecah 10.42 meter (m), melebihi paras bahaya. Sementara itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi kenyataan dalam Facebook, memaklumkan bekalan elektrik membabitkan kesemua 15 pencawang yang terjejas akibat banjir di Chucuh Puteri, Kuala Krai, berjaya dipulihkan semula.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan yang terbabit atas kerjasama diberikan sepanjang tempoh kerja pemulihan bekalan,” katanya. – BH Online

Leave a Reply