Input your search keywords and press Enter.

Kanak-Kanak Mangsa Pertama Banjir di Kelantan

M Update, Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang tergelincir dalam tali air di Felcra Teratak Batu, dekat Pasir Puteh petang semalam, ditemui lemas pagi ini.

Mayat mangsa, Mohd Ilham Hasmadi ditemui di kawasan sawah padi jam 8 pagi iaitu 400 meter daripada lokasi mangsa terjatuh. Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata mangsa ditemui pasukan penyelamat yang turut dibantu penduduk kampung.

“Kanak-kanak berkenaan adalah mangsa banjir pertama di Kelantan. Mangsa dihantar ke Hospital Pasir Puteh untuk bedah siasat,” katanya.

Hasanuddin turut menasihatkan ibu bapa supaya memantau pergerakan anak mereka ketika musim banjir bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku. Dalam kejadian jam 6.30 petang semalam, mangsa dikatakan tergelincir ke dalam tali air ketika berada di atas titi kayu di lokasi berkenaan. Mangsa dikatakan mengikut bapa saudaranya ke lokasi berkenaan untuk memasang pukat ikan.

Leave a Reply