M Update, 23/4/2020 – Bekalan kit ujian pengesanan antigen dari Korea Selatan yang mempunyai ketepatan hampir 100 peratus dalam mengesan jangkitan COVID-19 dijangka tiba di negara ini selewat-lewatnya minggu depan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ketika ini Wisma Putra sedang membantu untuk menyegerakan proses pembelian dan penghantaran kit ujian berkenaan masuk ke negara ini.
“Kita jangka mungkin Jumaat atau minggu depan. Sebab permintaan banyak bukan saja dari Malaysia tapi banyak negara. Oleh itu kita guna proses G2G (kerajaan kepada kerajaan) untuk memudahkan urusan,” katanya pada sidang media di Putrajaya semalam.
Dr Noor Hisham sebelum ini memaklumkan kit ujian bernama Standard Q Bio-Censor itu mempunyai keupayaan 84.4 peratus untuk mengesan wabak berkenaan. – BH Online