Input your search keywords and press Enter.

Polis Kanada buru suspek pembunuhan 2 pelancong

M Update, 25/07/2019 – Polis Kanada menghantar pasukannya ke sebuah bandar utara terpencil negara itu, hari ini, susulan sebuah kereta dibakar dan dikaitkan dengan suspek dalam tiga pembunuhan.

Warga Kanada Kam McLeod, 19, dan Bryer Schmegelsky, 18, diburu polis yang mengaitkan mereka dengan pembunuhan pelancong Australia, Lucas Fowler, 23, dan teman wanitanya dari Amerika, Chynna Deese, 24, serta kematian seorang lelaki yang belum dikenal pasti.

Kesemua mangsa ditemui di kawasan terpencil di utara British Columbia pada 15 Julai lalu.

“Suspek dikesan berada di tiga wilayah dan ratusan kilometer ke utara bandar Manitoba, Gillam.

“Pada Isnin lalu, RCMP mengenal pasti sebuah kenderaan Toyota RAV4 di kawasan Gillam selepas menerima laporan kenderaan terbakar. Ia adalah kenderaan sama dinaiki suspek,” kata Manitoba Royal Canadian Mounted Police.

Agensi sebelum ini memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak berinteraksi dengan kedua-dua suspek.

Leave a Reply