Warning: filesize(): stat failed for /home/mupdatec/public_html/wp-content/cache/db/options/b15/c50/b15c50aaedc6b3eb8c860da8cdb11b88.php in /home/mupdatec/public_html/wp-content/plugins/w3-total-cache/Cache_File.php on line 157
Arab Saudi Serba Salah Mengenai Ibadat Haji Berikutan COVID-19 - M-Update

Input your search keywords and press Enter.

Arab Saudi Serba Salah Mengenai Ibadat Haji Berikutan COVID-19

M Update, 16/6/2020 – Arab Saudi dijangka mengehadkan jemaah bagi menunaikan ibadat haji atau membatalkannya sama sekali tahun ini berikutan ancaman COVID-19 yang belum reda.

Pemerhati berkata negara itu masih berbelah bahagi mengenai keputusan untuk menegah umat Islam global datang ke Makkah untuk menunaikan rukun Islam kelima itu, yang menjadi acara tahunan sejak 1932. Sebahagian besar negara Islam kini masih ternanti keputusan muktamad Riyadh berhubung keputusan menunaikan haji, yang dijadualkan berlangsung lewat Julai ini.

Arab Saudi bagaimanapun berdepan risiko politik dan ekonomi daripada keputusan itu, malah masa juga semakin suntuk untuk mereka menyediakan keperluan logistik bagi salah satu perhimpunan terbesar dunia itu. Ibadat haji tahun lalu menyaksikan kehadiran sekitar 2.5 juta jemaah dan dijangka bertambah tahun ini, namun kerajaan negara itu menasihatkan umat Islam menangguhkan hasrat mereka berikutan ancaman COVID-19.

Seorang pegawai Arab Saudi memberitahu AFP bahawa kerajaan akan mengumumkan keputusan dalam masa terdekat.

“Ia kini dalam pertimbangan untuk meneruskan ibadat haji atau membatalkan terus,” katanya.

Ketika ini Indonesia, negara dengan penduduk Islam paling ramai di dunia, sudah menarik diri daripada menyertai ibadat haji tahun ini, dan menyifatkannya sebagai keputusan yang amat sukar.

Malaysia, Senegal dan Singapura turut mengumumkan langkah sama, namun bagi kebanyakan negara Islam lain seperti Mesir, Maghribi, Turki, Lubnan dan Bulgaria, mereka masih menunggu keputusan muktamad Riyadh. Di Perancis pula, pemimpin Islam menggesa masyarakat Islam menangguhkan ibadat itu ke tahun depan memandangkan risiko yang dihadapi amat tinggi.

Arab Saudi dilihat cuba ‘membeli masa’ kerana mahu menilai keadaan semasa, namun pegawai di Asia Tenggara menjelaskan, mereka mungkin tidak bersedia sekiranya keputusan dibuat pada saat terakhir.

Jika ibadat itu dibatalkan, ia adalah kali pertama sejak kerajaan beraja itu ditubuhkan pada 1932, ketika serangan Ebola dan MERS, Arab Saudi masih membenarkan ibadat haji diteruskan.

Pembatalan ibadat itu dijangka mengakibatkan kehilangan pendapatan besar kepada Arab Saudi, yang kini sudah dibelenggu masalah akibat penurunan harga minyak akibat serangan virus itu.

Ibadat umrah sudah digantung sejak Mac lalu dan kedua-dua ibadat haji serta umrah diunjur menyumbang AS$12 bilion (RM51 bilion) kepada ekonomi Arab Saudi setiap tahun. – AFP

Leave a Reply