Warning: filesize(): stat failed for /home/mupdatec/public_html/wp-content/cache/db/options/b15/c50/b15c50aaedc6b3eb8c860da8cdb11b88.php in /home/mupdatec/public_html/wp-content/plugins/w3-total-cache/Cache_File.php on line 157
Wanita Pakai ‘Wristband’ COVID-19 Makan Di Kafe Disiasat - M-Update

Input your search keywords and press Enter.

Wanita Pakai ‘Wristband’ COVID-19 Makan Di Kafe Disiasat

M Update, 21/7/2020 – Foto seorang wanita yang dipercayai melanggar tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, tular di media sosial sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen.

Foto wanita tersebut yang sedang makan di sebuah kafe di Bandar Meru Jaya di Ipoh, Perak jelas menunjukkan gelang tangan (wristband) berwarna merah jambu di tangan kanannya yang menandakan beliau di bawah kuarantin COVID-19.

Susulan penularan rakaman itu, pemilik kafe berkenaan tampil membuat kenyataan di laman Facebook bagi menepis tohmahan bahawa premis tersebut gagal melakukan tapisan ke atas pelanggan. 

“Jangan kata kami pihak peniaga tak ambil tindakan. Kami tak ada hak selak lengan baju orang ye! Kami ikut Prosedur Operasi Standard (SOP), ambil suhu ikut yang disarankan. Masa viral ni tentu semua peniaga terkejut,” tulisnya di laman Facebook.

Pemilik kafe yang menggunakan nama Facebook Nurul Chu Hada Karim berkata perbuatan wanita itu melanggar peraturan Kementerian Kesihatan (KKM) turut menyebabkan orang di sekitar kawasan itu menjadi panik sekali gus menjejaskan peniaga lain di Meru Raya.

“Kak Nurul sendiri awal pagi dah kol (hubungi) Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Dah bercakap sendiri isu ini. Kak Nurul disarankan bertenang. Katanya dua orang yang positif dah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Bukan yang viral (wanita tular).

“Hanaz Cafe bebas dari COVID ye. Kami tiada arahan penutupan kerana pegawai sendiri sahkan Makcik gelang pink negatif daripada COVID-19. Makcik dicari bagi tujuan tindakan undang undang kerana melanggar arahan KKM,” katanya dengan menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan wanita itu tampil untuk memberi maklumat.

Sementara itu, di laman Twitter Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood turut terkilan dengan tindakan wanita tular itu yang dianggapnya boleh menyumbang kepada gelombang COVID-19 sekali lagi. 

“It’s people like her that increase our nation’s risk to second wave. Shame on you Ms (Cik) and shame on your friends or family and cafe who allowed her in and didn’t report when she’s supposed to be under quarantine. Stricter measures needed. COVID-19 is still out there,” tulisnya. 

(Orang macam wanita inilah yang meningkatkan risiko negara kita  menghadapi gelombang kedua. Malulah sikit cik, dan juga kawan-kawan atau keluarga cik serta kafe yang membenarkan dia masuk dan tidak laporkan dia sedangkan dia sepatutnya di bawah kuarantin. Langkah lebih ketat diperlukan. COVID-19 masih belum berakhir)

Kebanyakan netizen turut meninggalkan komen antaranya: @HardymanMohamad: “Why is she so selfish?(Mengapa dia mementingkan diri sendiri?) @begratefulmate: Ini namanya tiada rasa tanggungjawab dan anggap pandemik ini remeh. 

@MissFrulein: Rakyat yang tidak bertanggungjawab.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah ambil maklum perkara berkenaan dan sedang menjalankan siasatan untuk mencari wanita yang tular itu. Dalam kenyataan semalam, Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Ding Lay Ming berkata jika didapati berasas, tindakan sewajarnya termasuk tindakan perundangan akan diambil terhadap wanita itu.

Individu yang menjalani kuarantin wajib memakai wristband bagi memudahkan pemantauan ke atas mereka agar kekal berada di dalam rumah sepanjang tempoh yang ditetapkan. – BERNAMA