Input your search keywords and press Enter.

Perairan Sungai Golok Di Pantau

M Update, 3/5/2019 – Pangkalan haram di perairan Sungai Golok yang menjadi sempadan antara Malaysia-Thailand di Kelantan bermula dari Rantau Panjang sehingga ke Tumpat, kini di bawah kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, penguatkuasaan kawalan di sempadan terbabit sebelum ini dilakukan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum diambil alih oleh PGA sejak 20 April 2019.

Kawasan sempadan yang kini berada di bawah tanggungjawab PGA itu bermula daripada Kompleks Imigresen Rantau Panjang sehingga ke Tumpat, manakala selebihnya kawasan sempadan negara di Kelantan bermula dari Rantau Panjang sehingga ke Perak masih kekal dikawal ATM.

PGA bertugas menjaga sebahagian daripada kawasan sempadan ini iaitu di perairan Sungai Golok di Rantau Panjang termasuk kawasan Pekan Munduk yang menjadi tumpuan para pengunjung dari negara ini untuk pergi membeli-belah di negara jiran.

Menjelang musim perayaan pula, dijangkakan aktiviti lintas sempadan akan kembali rancak. Orang ramai supaya menghentikan lintas sempadan secara haram dan kegiatan aktiviti ekonomi yang salah atau mereka boleh dikenakan tindakan tegas.

Tindakan orang ramai termasuk rakyat Malaysia yang menyeberangi Sungai Golok bertujuan membeli belah di Pekan Munduk dengan menaiki bot di pangkalan haram itu juga adalah satu kesalahan di sisi undang-undang negara ini.

Laluan itu tidak sah dan ditambah pula perlu menaiki bot yang tidak mempunyai lesen. Penumpang yang menaiki bot haram dengan kos tambang serendah RM2 bagi satu hala itu hanya mendedahkan mereka kepada bahaya.

Sumber : Sinar Harian


Leave a Reply