M Update, 27/11/2020 – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meminta orang ramai tidak terpedaya dengan aplikasi palsu oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengetahui mengenai pengeluaran akaun 1 menerusi program i-Sinar.
Menerusi perkongsian di laman Facebok rasmi KWSP, pihaknya memaklumkan tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan pengeluaran wang caruman. Katanya, buat masa ini tiada aplikasi yang dibangunkan oleh pihaknya untuk meminta maklumat ahli berkenaan pengeluaran caruman dalam akaun 1 KWSP mengenai permohonan i-Sinar.
Muat turun serta daftar aplikasi i-Akaun KWSP dan lakukan semakan serta transaski secara dalam talian melalui aplikasi berkenaan sahaja. (Selain itu) sila rujuk info yang sahih melalui media sosial dan laman web rasmi KWSP,” katanya menerusi perkongsian di dalam Facebook.
Antara aplikasi palsu yang kini mula digunakan oleh orang ramai termasuk aplikasi MyFund dan tiga aplikasi yang menggunakan nama sama iaitu i-Sinar Online.