Input your search keywords and press Enter.

Terengganu Larang Jamuan Buka Puasa, Moreh Di Masjid

Gambar Sekadar Hiasan

M Update, 12/04/2021 – Jamuan berbuka puasa tidak dibenar diadakan di semua masjid dan surau seluruh Terengganu sepanjang Ramadan yang dijadual bermula Selasa ini.

Turut dilarang ialah moreh dan jamuan sahur. Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad, berkata ketetapan itu bertujuan membantu kerajaan membendung penularan pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, katanya, jemaah masih dibenar berbuka puasa, moreh dan bersahur dengan makanan berbungkus tanpa membabitkan bilangan ramai.

Garis panduan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) aktiviti sepanjang Ramadan termasuk majlis berbuka puasa sudah diedar kepada jawatankuasa masjid dan surau di seluruh negeri. Jawatankuasa masjid dan surau diminta menyediakan kurma dan air bagi membolehkan jemaah yang datang awal untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah berbuka puasa,” katanya. – BH Online