Input your search keywords and press Enter.

Banjir Kedah – 3 PPS Dibuka Di Kubang Pasu

Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka susulan banjir melanda daerah Kubang Pasu, Kedah sejak semalam, dengan menempatkan 49 mangsa membabitkan 11 keluarga dari tiga kampung.

Seramai 10 mangsa terbabit (dua keluarga) berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Binjal, 11 mangsa (tiga keluarga) di PPS Dewan Kampung Nongka, dan 28 mangsa (enam keluarga) di PPS Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang, setakat jam 8 pagi tadi.

Hujan lebat melebihi dua jam bermula jam 3.30 petang semalam telah menyebabkan paras air sungai berhampiran kawasan kampung terbabit meningkat.

Antara lokasi dinaiki air ialah Jalan Changlun-Jitra (di hadapan Taman Jelutong, Changlun), Taman Sri Menanti, Taman Pertama, Taman Resak dan Jalan Sintok di Mukim Temin.

Sumber : Bernama