Input your search keywords and press Enter.

Lebih 250K Rakyat Malaysia Berjaya Dapat Kerja – MyFutureJobs

Seramai 253,785 rakyat Malaysia telah berjaya ditempatkan ke alam pekerjaan dari tempoh 1 Jan hingga 12 November lalu menerusi portal pekerjaan negara, MYFutureJobs – Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.

Penempatan itu yang dkendalikan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), membuktikan kerajaan telah berusaha sebaik mungkin untuk membantu rakyat.

Ini terutama selepas ribuan pekerja daripada pelbagai sektor termasuk pelancongan dan perhotelan, penerbangan serta pembinaan, terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Inisiatif kerajaan seperti inilah yang telah membantu negara bangun semula daripada kesan hebat pandemik yang melanda negara.