M Update, 11/1/2022 – Kementerian Kesihatan (KKM) telah membenarkan murid sekolah rendah menjalani ujian saringan kendiri COVID-19 di rumah masing-masing bermula minggu ini. Kelonggaran itu diberikan selepas perbincangan dibuat antara Kementerian Pendidikan (KPM) dan kementerian tersebut.Jelas beliau, ibu bapa dan penjaga perlu memaklumkan keputusan ujian kepada pihak sekolah.
Kit ujian akan disediakan oleh pihak sekolah, pendekatan baharu ini akan mula dilaksanakan pada minggu ini dan KPM akan mengeluarkan kenyataan media untuk menjelaskan perkara ini.
Adalah amat penting ibu bapa kepada anak-anak yang terpilih untuk melaksanakan ujian ini di rumah dapat melaksanakan ujian ini berdasarkan tatacara yang telah ditetapkan dalam kenyataan media KPM nanti – Radzi Jidin
Ini bagi memastikan sesi persekolahan dapat berlangsung dengan teratur dan selamat. Jika ianya tidak dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan, yang akan terkesan bukan sahaja anak saudara-saudari, tetapi kawan-kawan mereka serta guru-guru mereka di sekolah.
Ibu bapa perlu memainkan peranan penting terhadap pendekatan baharu itu bagi membolehkan ujian kendiri itu dapat dilaksanakan dengan teratur sekali gus memastikan keselamatan semua pihak sepanjang sesi persekolahan berlangsung.
Sumber : Awani