M Update, 19/02/2024 – Syor bagi mewujudkan kawasan khas merokok khususnya di premis makanan yang mempunyai kawasan sempit masih belum dimuktamadkan – Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa terbuka menerima pandangan dan cadangan orang ramai termasuk libat urus bersama pemilik premis dan penjaja seperti yang diadakan baru-baru ini.
KKM akan mempertimbang langkah menyediakan kawasan khas merokok khususnya bagi premis makanan di kawasan sempit sepertimana dilakukan di negara maju seperti Singapura, Jepun dan Hong Kong.
Penekanan tersebut diberi kepada premis di kawasan sempit dan agak sukar mematuhi jarak tiga meter untuk merokok yang dikuatkuasakan ketika ini.