M Update, 08/08/2024 – Seorang remaja dilaporkan menyamar sebagai staf di sebuah hospital di Serdang.
Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Wan Azran berkata, suspek berusia 14 tahun ditahan di Balai Polis Datuk Abdul Razak Baginda di sini.
“Kami ada terima laporan, kejadian baru lagi dan suspek menyamar sebagai staf hospital bukan sebagai doktor,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.
Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat lanjut berhubung identiti dan motif suspek melakukan perkara itu.
Jelasnya, siasatan awal mendapati remaja terbabit disyaki telah seminggu menjadi staf di hospital berkenaan. Buletin TV3