Input your search keywords and press Enter.

Letupan Di Lubnan – Tiada Rakyat Malaysia Terjejas

M Update, 19/09/2024 – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas atau terbabit dalam insiden letupan di beberapa lokasi di seluruh Lubnan.

Namun begitu, Wisma Putra sentiasa memantau situasi di negara itu dan meminta rakyat Malaysia di sana sentiasa berhati-hati.

Rakyat Malaysia disarankan agar berhati-hati, mengelak daripada mengunjungi bahagian selatan Lubnan dan mendapatkan maklumat terkini melalui sumber berita yang boleh dipercayai.

Batalion Malaysia (MALBATT 850) yang ditempatkan di Lubnan berada dalam keadaan selamat dan tidak terjejas oleh insiden berkenaan.

Wisma Putra akan terus memberikan maklumat terkini bagi memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia di Lubnan.