Input your search keywords and press Enter.

Permohonan Ikat Jamin 6 Warga Malaysia Ditolak Mahkamah Narathiwat

M Update, 6/11/2024 – Mahkamah Narathiwat telah menolak permohonan ikat jamin bagi kesemua enam warga Malaysia, termasuk seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan yang ditahan reman kerana disyaki memiliki dadah.

Bagi siasatan melibatkan warga asing yang melibatkan jumlah dadah yang besar, mahkamah tidak akan membenarkan suspek-suspek diikat jamin kerana dikhuatiri mereka akan melarikan dirii. Kesemua dadah yang ditemukan di bilik hotel telah dihantar ke makmal Pusat Forensik di Yala untuk ujian DNA bagi mengenal pasti jenis dadah serta pemiliknya, sebelum diserahkan kepada kepada pendakwa raya untuk menentukan tarikh pendakwaan di mahkamah. Semua suspek akan ditahan di Penjara Narathiwat selama 84 hari atau 3 bulan sementara menunggu tarikh pendakwaan.

Hasil siasatan polis mendapati suspek-suspek disyaki memiliki 6,000 biji pil jenis “pil kuda” dan turut melakukan kesalahan memasuki Thailand tanpa dokumen sah.