Input your search keywords and press Enter.

Petugas Media Selami Kehidupan Anggota TUDM Selama 24 Jam

M Update, 6/11/2024 – Seramai 56 petugas media daripada 21 agensi tempatan telah diberi peluang merasai dan menyelami kehidupan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Pasukan Khas TUDM (PASKAU) baru-baru ini.

Program hari Hari Bersama Media (HBM) Kementerian Pertahanan Malaysia anjuran bersama Unit Komunikasi Strategik (UKS) dan TUDM melalui PASKAU ini dianjurkan bagi mengakrabkan lagi hubungan di antara kementerian itu dan pengamal media – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Program sebegini membolehkan kita melihat sama ada pihak media hebat atau tidak dan dapat tahu mengenai kesiagaan dan keupayaan pasukan pertahanan negara.

Antara aktiviti dan cabaran yang dilaksanakan sepanjang dua hari program berlangsung ialah ‘Menembak Raifal dan Pistol’, ‘Latihan Merentas Halangan dan Latihan Menara Abseiling.

Para peserta turut disajikan dengan demonstrasi kaedah menyelamat oleh anggota PASKAU seperti ‘High Angle Rescue’ dan ‘Maritime Rescue’.

Kolaborasi serta kombinasi HBM kali ini turut membawa konsep Civil-Military Cooperation (CIMIC) iaitu Kerjasama Awam – Tentera dalam mengukuhkan lagi peranan dan kerjasama melalui gabungan media, ATM dan MINDEF.

Gambar : Bernama