Input your search keywords and press Enter.

Polis Siasat Rakaman CCTV Pelanggan Salin Baju

M Update, 11/01/2023 – Polis menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bilik persalinan sebuah pusat membeli-belah yang tular.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, polis mengesan video dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter memaparkan rakaman video di bilik persalinan pusat membeli-belah.

Menurutnya, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menerima satu laporan polis berkaitan kejadian itu pada jam 4.38 petang kelmarin.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti tarikh dan lokasi kejadian itu berlaku. Perbuatan terbabit adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Dellhan berkata, polis menasihati orang ramai supaya tidak melakukan perkara yang melanggari undang-undang.

“Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Fikri Abdul Manan di talian 013-4149917 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya. – Harian Metro