M Update, 10/12/2024 – Pemilik kepada kenderaan yang terjejas dalam banjir kilat berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Presint 11, Putrajaya, kelmarin akan diberikan bantuan RM 1,000.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, Perbadanan Putrajaya juga akan membuat parkir interim yang memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek dan meminta pihak perbadanan menyelesaikannya dalam tempoh dua minggu.
Selain it, Perbadanan Putrajaya juga diminta untuk menyediakan sistem amaran dengan penggunaan siren dan amaran kepada penduduk di kawasan itu untuk alihkan kenderaan dengan segera.
Menurutnya, ia boleh dilaksanakan menggunakan Internet of Things (IoT) di mana sensor akan dipasang di petak-petak penyelenggaraan saliran di seluruh pusat pentadbiran kerajaan di sini bagi mengesan tahap ketinggian air.
Katanya, walaupun aliran air di kawasan perumahan ini menggunakan sistem culvert besar namun dalam keadaan cuaca tidak menentu hingga menyebabkan hujan lebat secara tiba-tiba menyebabkan ia tidak dapat menampung kapasiti air banyak.
Dilaporkan 20 kenderaan rosak kesan daripada banjir kilat ini. Kawasan perumahan ini agak besar. Ada kira-kira 2,500 rumah dengan anggaran penduduk sekitar 10,000 orang penduduk.
Ini adalah Kali pertama banjir kilat berlaku di kawasan tersebut.