Input your search keywords and press Enter.

ESSCOM Kurangkan Jenayah Rentas Sempadan

M Update, 15/03/2024 – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) memberi jaminan untuk mengurangkan kes jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

Misi utama penubuhan ESSCOM adalah memastikan tiada pencerobohan berlaku namun penjenayah rentas sempadan sering mengambil peluang melakukan jenayah di kawasan ESS Zone.

Selain menjaga keselamatan, ESSCOM juga memberi jaminan untuk mengurangkan jenayah rentas sempadan.

Selain itu, diharapkan penduduk yang tinggal di persisiran pantai menjadi mata dan telinga supaya mereka boleh bertindak sebagai pengawal dan memberi maklumat kepada pihak berkuasa.