Input your search keywords and press Enter.

Kerajaan Tak Tetap Tiada Had Umur Guna Media Sosial

M Update, 20/12/2024 – Kerajaan masih belum berhasrat untuk mengehadkan umur tertentu bagi penggunaan media sosial di negara ini seperti dilaksanakan di Australia.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan belum melihat keperluan berkenaan biarpun terdapat cadangan daripada pelbagai pihak mengenai perkara itu.

Menurutnya, pihak kementerian bagaimana pun akan memantau peraturan ditetapkan setiap penyedia platform media sosial bagi had umur untuk membuka akaun media sosial berkenaan.

Pihak kerajaan waktu ini tidak mempunyai hasrat untuk mengikut jejak langkah seperti di beberapa negara lain termasuk Australia dengan membawa undang-undang khusus mengenai had umur.

Sementara itu, Fahmi berkata, mulai 1 Januari tahun hadapan, semua platform media sosial yang mempunyai 8 juta pengguna perlu berdaftar dan berlesen dengan SKMM.

Katanya, pemantauan akan dibuat sejauhmana peraturan berkaitan had umur penggunaan media sosial yang ditetapkan platform media sosial tersebut dipatuhi.

Jelasnya, jika penyedia platform media sosial berkenaan gagal melaksanakan peraturan had umur yang ditetapkan mereka, barulah kerajaan akan mempertimbangkan langkah-langkah tambahan berkaitan isu tersebut.