Input your search keywords and press Enter.

Cegah Penularan COVID-19, Influenza Pada Musim Perayaan

Foto Hiasan

M Update, 24/12/2024 – Situasi Covid-19 dan influenza di Malaysia masih terkawal dengan tiada peningkatan kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) serta tiada kematian dilaporkan.

Menurut KKM, tiada kes kematian Covid-19 dilaporkan sejak 25 April dengan jumlah kumulatif kekal sebanyak 58 kematian.

Selain itu, tiada kes varian baharu dikesan dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.

Peningkatan kes Covid-19 dan influenza di Malaysia pada hujung tahun adalah fenomena yang dijangka sepenuhnya selaras dengan peningkatan jangkitan saluran pernafasan yang turut dilaporkan di negara-negara lain terutamanya yang bermusim sejuk seperti Jepun.

“Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan diri serta mencegah jangkitan atau penularannya kepada orang lain semasa perjumpaan ketika musim perayaan,” ujar KKM.