M Update, 20/01/2025 – Kerajaan mendedahkan platform Facebook, TikTok, WhatsApp serta Telegram menjadi lubuk scammer yang paling kerap digunakan untuk memperdayakan rakyat di negara ini.
Kebanyakan mereka yang menjadi mangsa kepada scammer ditipu melalui Facebook. Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersil terdapat 13 atau 14 bentuk scam berbeza yang berlaku dalam media sosial.
Tetapi ada juga jenayah scam yang berlaku secara melalui panggilan telefon ataupun bersemuka. Jadi ada pelbagai bentuk, sebagai contoh di TikTok bentuk penipuan yang kerap dilakukan ialah melibatkan akaun bantuan kerajaan.
Perkara itu kelihatan seperti benar apabila penjenayah meminta mangsa supaya mengisi maklumat peribadi seterusnya menghantar semua butiran tersebut kepada mereka.
Melihat isu terbabit semakin serius, pihak kerajaan telah mengambil beberapa langkah antaranya melesenkan platform media sosial, menyekat beberapa perkara termasuk takrif kepada jenayah scam serta pindaan kepada Akta Komunikasi dan Multimedia yang sudah diluluskan di Dewan Rakyat baru baru ini.
Kerajaan percaya ia dapat membantu polis dan juga pihak-pihak yang lain untuk mengambil tindakan lebih tegas dalam usaha mengurangkan jenayah terbabit daripada terus berlaku. – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil