M Update, 22/1/2019 – Empat belas orang terbunuh dan lima masih hilang selepas dua kapal tangki gas milik Tanzania, terbakar di Laut Hitam berhampiran Crimea.
Kebakaran berlaku ketika kedua-dua buah kapal sedang melakukan kerja-kerja pemindahan minyak berhampiran Selat Kerch.
Jurucakap Agensi Maritim dan Pengangkutan Laut Rusia, Alexei Kravchenko , 11 mayat kru kapal ditemukan di atas kapal dan tiga lagi di dalam air.
Kapal berkenaan, Kandy dan Maestro , membawa 17 kru termasuk rakyat India dan Turki.
12 kru lagi terselamat. Operasi mencari dan menyelamat, masih diteruskan.
Sumber: AFP, 1News